Saturday, April 12, 2014

My Wedding =)



Lets start by saying...Alhamdulilah. Alhamdulilah. =)

        Sekarang diam tak diam, dah hampir 20  hari saya bergelar Isteri @ Wife @ Zaujah kepada Muhamad Ikmal Bin Ahmad Tarmizi. Alhamdulilah. Hanya itu yang mampu saya ucapkan saat ini.  After all dugaan dan halangan yang ada, akhinya kami sah menjadi suami isteri pada 22 MAC 2014. Teringat detik-detik tu, terasa ingin menitiskan airmata.Sebak. Honestly, pada mulanya sukar sekali untuk mempercayai  cerita cinta saya berakhir dengan lafaz akad dia. Jodoh. Jawapan yang kadang-kadang tersenyum sendiri. Siapa sangka dialah orang yang menjadi imam dan peneman hidup saya. Siapa sangka, dialah dunia dan syurga untuk saya. Dia. Tak pernah saya menduga, jodoh kami begitu kuat. Hanya DIA yang tahu perjalanan mencari cinta bagaimana yang pernah saya rasa. Bertemu, berpisah dan bertemu kembali untuk satu ikatan yang sah. Mungkin inilah yang dikatakan Jodoh, dan terbuktilah pesanan orang-orang tua… “Kalau Ada Jodoh, Tidak Akan Kemana”. Hehehe..


Ya Allah, begitu indah aturan hidupmu untuk aku. Walaupun aku hamba-MU yang banyak kelemahan, KAU ternyata tidak pernah meninggalkanku. Terima kasih Tuhan. Ajari aku untuk lebih mensyukuri nikmat-MU …. Ya Allah, semoga hati-hati yang terluka keranaku juga mendapat yang lebih baik dan lebih berbahagia. Ikmal adalah imamku, duniaku dan syurgaku kini…. Semoga saja aku menjadi yang baik untuknya. Doaku agar kami sentiasa bahagia hingga ke akhirnya.  Aminn.. 

***********************************************************
      
   Majlis Akad Nikah

Tarikh   : 22 Mac 2014
Masa    : Sabtu
Tempat : Surau Kuarters Polis Kuala Pilah, Negeri Sembilan









My sis =)



*********************************************

  Majlis Sanding

Tarikh   : 23 Mac 2014
Masa    : Ahad
Tempat :Perkarangan Kuarters Polis Kuala Pilah, Negeri Sembilan











My new family =)


My small family =)


My big family =)

**********************************************************************************

Alhamdulilah. 

Terima kasih kepada semua yang terlibat semasa majlis nie...Firstly, thanks so much to my Kak Long dan family mak induk yang menjadi penggerak keluarga untuk majlis ni, kepada nenek dan aunty mala yang datang dari jauh ( Sabah) ,uncle didi, abg fendi, adik2 dan family2 dari melaka. Special thank you untuk makcik2 PERKEP (Persatuan Isteri Polis) Kuala Pilah yang banyak membantu perjalanan majlis nie.. tak lupa kepada pakcik2 polis yang bersusah payah menyediakan segala keperluan. InsyaAllah, sy tidak akan melupakan jasa baik pakcik2 dan makcik2. 

( ^ ____ ^ )


P/s : terpaksa guna pic dari kamera phone, sebab photografer yang diupah tak profesional. 

2 comments:

ikmaLisme said...

semoga hubungan kita kekal ke syurga.. :)

Nieza Razali said...

Aminnn... =)

My Cube Pics