SALAM
Sem nie sy blajar ttg subjek "Guru Dan Cabaran Semasa" dan "Kepimpinan Dan Profesionalisme Guru". 2 subjek yg byk mengajar sy ttg persekitaran seorang guru dan pembentukan guru yang berkualiti.Sgt2 tertarik dgn subjek2 nie. Wlpn susah, sy cuba utk adapt dgn menda2 yg bakal menjadikan sy seorang guru yg baik pd masa akan datang. InsyaALLAH...
Satu menda penting yg sy blajar ttg subjek nie...ialah isu2 yg berkaitan dgn salahlaku guru. Byk btl isu2 salahlaku yg kta bleh tgk dlm internet...Juz click & u will see everthing.. Tp, sy rasa ade satu isu yg tidak selalu kta dgr ttp perlu diberi perhatian crius.
Isu " Guru Suka Pelajar Sendiri.."
Bukanlah sy mahu menafikan lumrah hidup seseorg manusia yg ingin disayangi dan menyayangi tanpa batasan umur...ttp biarlah berpada2. Andai kata,perasaan itu dicampuradukkan dgn tugas kita sebagai seorg guru,bukankah profesionalisme seorg guru itu akan tercemar?? Adoi....itu satu mslh besar namanye...Mungkin klu sy wat temubual ttg isu ini,mgkin akan ada org yg akan manegatakan :
"apa salahnyee? Guru juga seorg manusia apee...."
"Ishhh...xade ape2 kot...."
"Laaa...xslh tu..klu hati dh suka..klu dh jdh..."
Dan jwpn paling best skali..."umur bukan penghalang. Sedangkan Rasulullah S.A.W dan Siti
Khadijah pon jauh beza umurnya...."
Amboi.....Mase situasi camnielaa bru nak menjadikan Rasulullah sebagai contoh utk menghalalkan cara ea?? Ya! mungkin juga...berfikiran positif kan?? Macam yg sy kata sebelum nie...sy xpernah mahu menafikan hak manusia utk saling menyayangi dan disayangi apatah lagi melawan takdir Tuhan. Klu dh jdh kan?? Tp biarlah berpada-pada dan abstrak! Jgn mencampuradukkan soal peribadi dan soal hati. 2 benda yg sgt berbeza dlm bidang keguruan. Jgn kerana suka...anda bersifat tidak adil ,jgn kerana suka..anda abaikan murid-murid lain, dan jgn kerana suka...anda menggunakan kuasa anda sebagai seorg guru utk berjumpa dgn org yg disuka. Itu pastinya akan menjadi satu bukti konkrit yg blh dijadikan alasan oleh org lain untuk mengatakan..... .
"Cikgu tidak adil!!!! "
Mase itu..percayalaa,status kita sebagai seorg guru akan diperkotak-katikkan...tiada lg kepercayaan yg tinggal dan terkikislah rase hormat yg ada. Jgn begitu wahai insan2 yg bergelar guru dan bakal guru. Kita diajar untuk mengajar dan menjalankan amanah kita dgn sebaik-baiknya. Andai kata perasaan itu wujud dlm diri kita,kawallah seelok-eloknya. Bukankah org kata..klu ade jodoh,xkan ke mana....Jd jihadlah sehingga tiba masanya.. sehingga tugas anda sebagai seorang guru kepada dia tlh selesai dilaksanakan....Jadilah guru yang profesional dan berkepimpinan....
Bukan ingin mengata...sekadar coretan perkongsian ilmu kpd sumer...tidak melibatkan sesiapa...sekadar peringatan utk sumer dan diri sendiri. Blajarlaa dr pengalaman dan jadikan pengalaman itu sebagai guru yg terbaik... Always remember..
" Teachers are not born naturally....there are created by tymes & experiences.... =)
P/S: Waaaa...weeeee....skema gler ayat! Coretan akukah ini...hehehe..=P