Saturday, July 27, 2013

Kerinduan =)



Salam.

Huh..dah lama tak menatap ruangan ni. Sibuk dengan macam-macam hal. Dunia bekerja memang lebih sibuk dari dunia belajar dulu. Bezanya, kalau rasa stress or tension tyme belajar.. boleh ajak geng-geng sekepala hang out mana-mana. Sekarang, masing-masing punya komitmen lain. Masing-masing dah berjalan dalam haluan hidup masing-masing. Tetiba rasa rindu saat-saat dulu. Rasa rindu nak keluar sama-sama, gossip tentang itu dan ini, bergurau itu dan ini..makan mi meggi letak sos n kicap..then makan ramai-ramai, sambut besday kawan-kawan dengan roll kek or kek pisang ..dengan hiasan kebudak-budakan..letak chipsmore n cumi-cumi yang colourful..even mase-mase bergaduh dulu pon menjadi kerinduan sekarang. Huhu.. Rindu sangat-sangat.. 

Zaman maktab sangat-sangat menjadi kerinduan sekarang. Syukur salah satu kerinduan itu masih bersama saya saat ini. Yang menjadi kekuatan saat kerapuhan. Terima kasih Tuhan untuk peluang itu. Walaupun jalannya sukar, sy masih bersyukur.. saat ini sy diberi peluang untuk mendakap erat kerinduan itu. Kalaupun ianya mungkin terhenti satu hari nanti, diharapkan sy mampu untuk melepaskan perlahan-lahan kerinduan itu. Walaupun jauh disudut hati sy sangat mengharapkan kerinduan itu kekal selamanya. Aneh sekali. Dalam banyak-banyak perkara yang indah dalam hidup sy, kerinduan itu menjadi PERKARA TERINDAH dalam hidup sy.  Jangan tanya kenapa. Sy sendiri tidak punya jawapan untuk itu. Ya Tuhan, jadikan kerinduan itu milikku untuk selamanya… 

I guess it is too much...

Sunday, May 26, 2013

Selamat bercuti =)



Salam.

Minggu nie minggu pertama cuti sekolah Penggal 1. Tapi hari ini sy masih terpacak di sekolah seawal pukul 8 pagi dengan kesihatan yang tak seberapa. Huhu. Baru reda demam.  Bila orang Semenanjung yang stay kat Sarawak tak balik tyme cuti..mesti ramai orang kampung tanya kenapa. Sebb memang pelik la sebenarnya. Alasan saya, “Bertugas kat sekolah..” Pendek n ringkas je jawapan. Tak mau ulas lagi. Huhu.

Rindu btol! Tyme cuti nnt, menziarah  pusara arwah nenek, atuk dan mak of cos akan jadi keutamaan. Rindu sangat. Nak sembang macam-macam. Nak menangis puas-puas.

Tak tau la nape kali nie. Berat sangat kaki nak melangkah pulang. Ada sedikit  kerisauan.Ada sedikit kebimbangan. Tapi harap-harap semuanya okey nanti.. Berdoa agar ada sedikit petunjuk dari-Nya dan dipermudahkan segalanya. 

-selamat bercuti-

Wednesday, May 15, 2013

Berbelog =)



Salam.






Nah! lama tak update. Huhu. Keje memang sentiasa ada, tak pernah habis. Biasalah tue...=)

Bila mengadap blog nie, mesti akan tengok list blog. Suka baca2 blog orang lain. Tapi semakin lama semakin ramai blogger yang menyepi diri. Geng2 blogger dulu pon  tak de dah nak update sangat. Rase rindu pulak….Teringat masa mula2 berjinak dengan dunia blogger..memg masa tue ramai btol la yang join. Update status/entry pon hampir setiap hari kot..tengah2 malam or dalam kelas pon boley lagi ushar2 blog. Huhu. Masa tue, FB pon tak berapa nak explore sgt, so blog memg jadi tempat meluahkan perasaan or pape je citer yang best untuk dikongsi.. Dalam kelas lak mule la dok promote link blog memasing..”Aip! Nnt add ea..aku dah wat blog!” Pastu balik kelas, mesti update.. tp rasa geram2 tak dapat nak post sgt sebb guna internet maktab yang ditapis..Huh..rindu betol zaman tue…. Rindu sangat…

Macam tue jugaklah kejadian Friendster,YM & Skype… 4 medium nie antara benda yang  takkan pernah dilupakan. Setiap satunya mengingatkan tentang masa lalu. Tapi bak kata penceramah harinie…

“ Dalam banyak-banyak benda…MASA LALU adalah benda yang paling jauh dari kita..”

Nak tak nak…mahu tak mahu…boleh tak boleh… hidup perlu diteruskan walaupun bukan seperti yang kita harapkan. Hidup hanya sekali. Pilihan di tangan kita untuk memilih. =)



Thursday, March 21, 2013

Sabar



Salam.

Harinie sy dah mula bercuti. Advanced 2 hari..mintak CRK. Saje je mintak. Sebb fikiran asyik melayang-layang. Pertama kali dalam hidup.hilang arah nak kemana. Fikiran tak menentu. Jiwa xtenteram.

Hari nie saja..sepanjang perjalanan..banyak masalah yang berlaku. Terlewat ke airport, tertukar beg…n paling teruk sekali..phone pon entah kemana. Sabar2. Dugaan. Tapi kena berusaha move on jugak.. sgt2 perlu. InsyaAllah. Semoga segalanya dipermudahkan. Amin..amin..

Thursday, March 7, 2013

Sembang- Sembang =)



Salam.

So far life agak miserable sikit. Banyak keje sebenarnya, tapi bukan itu isunya. Dalam situasi sekarang, rasa seolah-olah tinggal jasad  je. Tak ada jiwa. Huhu. Wat keje pon ala-ala kadar. Tak semangat lagi macam tahun lepas.

After habis kelas, sembang ngan sorg budak sementara tggu mak dia amik..

“Cikgu, nape macam sedih je? Senyum pon tak macam dulu”
“Yeke? Tak ada pape la..”
“Haaa..tipu..”
“Apa yang cikgu tipu?”
“Ala..tipulah. Dulu cikgu selalu je ketawa-ketawa. Sekarang asyik garang-garang je”
“Ekkk! Yeke? ”
“Saya tau la..”
“Bukan cikgu memang garang ke dari dulu?”
“Garang! Tapi dulu lepas garang-garang, cikgu gelak-gelak ..”
“Haha..pandai jela awak nie. Cakap macam orang besar.”
“Mestilah! Jangan sedih cikgu. Kalau kita selalu sedih, nanti kita sakit..”
“Haha…tue macam ayat cikgu jee?”
“Hihi..yela. Ayat cikgulah. Sy tiru je.”
“Tu mak awak, pi balik cepat…”
“ Nak baliklah nie. Bukan cikgu cakap dulu,  kalau  rasa sedih..cepat-cepat jumpa Tuhan. Nanti tak sedih lagi.Bye Cikgu ”

Terdiam. Dalam hati… “ Pernah ke? Tak ingat. ”

Terhibur gak sembang ngan budak kecik, ada point yg dapat dihighlight kat situ. InsyaAllah. Semoga hari ini esok lebih baik dari hari ini.

My Cube Pics