Thursday, December 20, 2012

Motif Band - Tuhan Jagakan Dia =')

Salam. 

Dah pukul 1. 40 pagi, tapi masih tak boleh lelapkan mata. Tak pasti kenapa. Hati rasa sedikit terkesan dengan lagu dendangan Motif Band- Tuhan Jagakan Dia. Lirik yang sangat sweet bagi sy. Berulangkali memainkan lagu tue kat mp3 phone .. sampai empty dah bateri phone. Huhu... Haip! Rasa tak puas dengar lagi nie. Jari jemari kemudian sibuk mencari-cari charger phone. Laaa, masa nie pulak laa xda.. Huhu.. 

Then, buka lampu..capai laptop..buka MP3 kat laptop. Here we go...dengar lagi lagu nie sambil melayan perasaan. Hahaha..sudah2 la nieza...  Alang2 dah buka laptop, mata pun masih segar...Jom post la lirik lagu nie kat blog as new entry... =)



TUHAN JAGAKAN DIA  BY MOTIF BAND



Hanya dirimu yang ku cinta
Takkan membuat aku jatuh cinta lagi
Aku merasa kau yang terbaik untuk diriku

Walau ku tahu kau tak sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadmu

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku ’kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Walau ku tahu kau takkan sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadmu

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku ’kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku ’kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku ’kan tetap milikku
Aku sungguh sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku



 Sy percaya di setiap lagu perlu ada cerita. barulah lagu tue boleh dihayati... dan didengari sentiasa..macam malam nie... SET PLAY REWIND UNTUK LAGU NIE...TARIK SELIMUT DAN zZzzZz... Selamat Malam or maybe pagi kot sebb dah kul 2 Pagi. Hehehe.. 
 

P/s : Tak salah rasanye bila terlalu menyayangi seseorang... =')

Wednesday, November 21, 2012

Sedikit Rapuh =')



Salam..

Petang nie hujan turun lebat. Alhamdulilah, hujan rahmat. Harinie suhu badan meningkat, means.. demam. Takpe. Juga Alhamdulilah. Baring2 atas katil, tapi fikiran menerawang ke mana entah. Hati rasa sesuatu. Tak tahu apa. Tapi ada rasa sakit di situ. Juga tak pasti kenapa. Dah lama tak rasa macam itu. Dah lama. Cukup lama.

Biasa kalau macam nie, sebab sy ada buat salah pada orang..Ermm, mungkin juga. Perasaan bersalah sebab buat orang marah or sedih. Jadi jiwa sy jadi kacau, serabut. Lebih2 lagi jika orang tue adalah orang yang saya sayang.. cukup sedih. Sedar tak sedar, airmata bergenang. Dah lama tak menangis macam nie. Dah lama. Cukup lama. Ah! Kena kuat..ini baru sedikit. Salah sendiri bukan. Sendiri buat sendiri tanggung. Jangan salahkan orang atas kesedihan sendiri.

2 minit…3 minit…5 minit…
Ahhh! Fikiran masih menerawang…Hati masih sedih ..Mata masih bergenang ..

6 minit…
Terpikir sejenak..Mengapa tidak lakukan ini?
Langkahkan kaki …
Tadahkan telapak tangan pada aliran air..
Tuturkan..Bismillah.. 


******************************************************************************

Alhamdulilah…

Ya Tuhan, Pada-Mu ku beroleh ketenangan…



 P/S : Maafkan bila ku tak sempurna mencintai-MU.. =')


Saturday, November 17, 2012

Aunty & Uncle Bas =)



Salam. Hepi holiday ! Hehe..

Well, dah hampir 2 minggu cuti sekolah bermula. Rasa lega rasanya bernafas di tempat sendiri. Tapi tak bermaksudlaa udara kat Sarawak sana tak cukup, Cuma rasa selesa & sayang itu lebih di tempat sendiri. Almost one year stay kat Sarawak, everything juz going well. Even kadang-kadang ada sesetengah perkara yang wat rasa macam sesak nafas, tapi okeylaa… life kan? Tak semuanya manis…Kalau x, xdelah orang kata asam garam kehidupan. =)

Tue baru intro. Main story is here. 2 minggu bercuti, banyak habiskan masa dengan adik2. Jalan sana, jalan sini. Lama tak jalan sekali kan. Tapi sebab xde keta sendiri lagi ..so naik jela pengangkutan awam dgn adik2 sy. Benda biasa sebenarnya bagi kami, so tak kisah sgt… as long as dapat jalan sama2..Hihi..

Nie nak citer, masa odw nak g seremban.. kami dok tunggu la bas datang. Sebb haritue cuti ( Maal Hijrah), so agak ramai la kat stesen .. sambil tunggu bas kami makan cendol yang dibelanja oleh pakcik mamak ( bekas majikan adik). Cun2 semangkuk cendol habis, bas pon dtg. Semua berebut nak naik bas cepat2,apatah lagi Uncle Bas dah mengomel2 suruh naik bas sepantas kilat. Dalam hati, “haih! Sabar jelaaa…”  

Then, datang sorg makcik . Terkedek-kedeklah makcik tue nak naik bas. Almaklumlah, dah berusia kan. Tengah2 nak naik, Uncle Bas sekali lagi mengomel2 dgn ayat yang lebih ganas minta makcik tue naik dengan cepat… Sekali lagi, hati berdetak..” Haih, sabar jelaa pakcik nie…” Kemuncak cerita, belum naik dua2 kaki lagi makcik tue atas tangga bas…Uncle Bas dah tekan button tutup pintu bas…”Eh! Bior betol pakcik nie..” Cepat2  tangan  sorang akak tue tahan pintu…or else makcik tue akan tersepit kat pintu ..Adoi! sakit tangan akak tue. Kali nie hati bukan takat berdetak…dengan mulut2 sekali. Spontan.

“Eh, pakcik…pernah ke nampak orang tua jalan laju2? Relaks sket la…sket lagi nak tersepit makcik nie..”

Terdiam Uncle Bas. Mungkin baru tersedar. Haih…apa punya orang la. Bukan berbudi bahasa tu budaya kita ke? Rupanya masih ramai yang tidak mengamalkannya..atau mungkin terlupa kot. Senyum2 pada akak yang jadi heroin tadi & makcik yang menjadi mangsa…then baru teringat!

Oh! Malu2 sendiri bila mengenangkan lebih 40 orang nampak & dengar sy marah Uncle Bas.!!
Dalam hati..“Cepatlah sampai Seremban..”






P/s: perlu beli keta cepat2..spy xjumpa dengan Uncle Bas tue dah..=P

Thursday, October 25, 2012

Homesick! =P


Salam..

Life agak kelam kabut sikit sekarang nie. Hujung2 tahun nie, banyak hal sekolah yang perlu diselesaikan sebelum cuti sekolah. Waktu persekolahan berbaki 3 minggu je lagi ..memang sangat sibuk sebenarnya. Minggu depan je dah busy dgn Karnival Prasekolah 2012, then ade ujian Saringan LINUS utk budak2 6 tahun, next Majlis Khatam Al-Quran, Majlis Kesyukuran & Majlis Hari Anugerah.  Takpe, slow-slow kayuh orang kata. I try. =)

Tue bukan content sebenar untuk ditulis sebenarnya. This one is the main thing. I miss my family. Esok Hari Raya Haji & inilah pertama kali I won’t be with my family. Rasa sedey sebenarnya. Lebih2 lagi mengenangkan adik2 akan beraya berempat je tanpa kakak2 & abang2 dorg. Tak da orang akan bising2 malam raya suruh prepare baju awal, masuk kuih raya dalam balang, or kemas2 rumah. Tak da orang akan sibuk2 ketang ketung pagi2 kejutkan dorg awal pagi utk siapkan pape yang patut. Tak ada orang akan masak2 pagi raya utk makan sama2. Biarpon tak sesedap arwah mak masak dulu, sekurang-kurangnya bila makan bersama…kenangan terindah itu masih ada.  Rindu saat itu.

Huhu..bukan kakak yang baik sgt sebenarnya. Selalu je dok marah2 & merajuk2 ngan dorg.. tp sgt2 berusaha utk jalankan tanggungjawab & amanah arwah pada sy utk jaga adik2 sampai dorang boleh berdikari. InsyaAllah. Bercakap tentang itu, sangat berharap bakal imam sy jenis yang tak kisah ttg hal nie. Dia boleh terima bukan saja sy, tp seluruh keluarga sy yang serba kekurangan..biarlah sesempurna mana pon dia & keluarga dia. Kalau ini benar2 terjadi, InsyaAllah, dia memang jodoh sy. You will be my FOR & EVER . Sy akan sayangkan awak lebih dari awak sayangkan sy. Hormat family awak sepertimana awak hormat family sy.  I promise --> ending yang sgt jiwang… Hahaha.. but I meant it. ( ^ _____ ^ )



Lastly.... SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA ..=)

Tuesday, October 16, 2012

UrseLf =)


Salam..
Hye. cerita biasa, tiada yang istimewa. tengok orang sekeliling heepi, cukup rasa gembira.. Doa sy termakbul. Alhamdulilah. Tapi kadang2 rasa kerdil bila rasa hidup dengan bayang-bayang orang. Mulut kata tak apa, tapi hati kadang2 tanya kenapa. Beri peluang pada diri sendiri ..Tak salah rasanya. Jadi tak apa. Perlahan-lahan kayuh. Takkan mudah melupakan. Sendiri pernah rasa bukan? Jadi sepatutnya lebih tahu dan faham. Beri masa dan peluang. Perlu berusaha! Hehe..



Thursday, October 4, 2012

Juz Me =)

Salam.

Lama juga tak berblog. Tak lupa, cuma line internet tidak begitu mesra. Xpe, bersyukurlah. Sekurang2nya ada..masih boleh berhubung dengan yang lain. Story? tidak begitu banyak yang boleh dikongsi.Mungkin lebih banyak disimpan di dalam hati. Biar menjadi rahsia. Cewah2.. merepek2 je..=P 

Dah lewat malam sebenarnya, tp mata still xley lelap. Pusing sana pusing sini masih belum mahu lena. Mungkin sebb minda belum mahu berhenti berfikir. Berfikir tentang keadaan orang yang begitu sempurna di mata sy. Lelaki? Nope. Perempuan. Yup! Sy tidak kenal dia, tapi sy suka sebenarnya apa yang sy nampak pada dia dari segi luaran. Seperti dialah yang sy selalu doakan untuk menjadi peneman hidup seorang kawan sy. Cantik, bijak, beragama..ciri2 wanita muslimah memang ada pada dia. Sy tak jumpa sebarang kekurangan..sebab bagi sy dia begitu SEMPURNA. 

Tapi bila sy tahu ada orang seperti ini, sy susah hati. Seriously ! Sebab pe? Sebab diri mulalah nak menyibuk2 nak menjadi seperti dia. Bermimpi yang bukan2. Berangan yang tak sudah2. Sedangkan diri sendiri tahu perbezaan itu. Bagai langit dan bumi..Sudahlah nieza. Masing2 punya cara sendiri. Masing2 ada  kelebihan dan kekurangan diri. Kata2 yang selalu diutarakan pada diri sendiri. memujuk hati sendiri.

Tidak mengapa sebenarnye. Itu lumrah. Melihat orang yang lebih hebat buat kita rasa kagum sehingga bermimpi spy menjadi seperti mereka. Hati rasa sedikit tergugah. Tapi cuma kadang2. Di akhirnya, sy lebih senang menjadi diri sy sendiri. Biarlah tidak sesempurna mana, cukuplah sekadar insan yang biasa2....sebb sy dah BIASA menjadi diri sy sendiri. End. 





Juz me. =)

Friday, August 10, 2012

=')

Kalau tanya hati sy....
dia kata...

 " Sy sanggup lepaskan semua yang saya ada sekarang .. "

Wednesday, July 25, 2012

25 Julai 2012 =)

Salam...

Today is 25 July 2012....my besday! 
Hepi besday Nieza... ( ^ ___ ^ )





Alhamdulilah, sy dah 24 tahun harinie. Thats means sy dah 24 tahun bernafas di muka bumi Allah nie. First tyme, langsung tak celebrate sebab jauh di perantauan. Takpe, wishes dari family n kawan2 dah cukup.. tp sy betul2 homesick semlm! Uwaaa.... ( T ___ T )

Membayangkan..alangkah indahnya kalau berada di rumah...mesti akan hang out dgn family, masak banyak2...beli kek coklat yang besar...n sembang dgn  family ttg anak buah baru. Huhu.. seriously, rase rindu itu ada dalam dada ---> klu my sis n bro tau nie, mesti gelak2.. Huhu.. sy rindu ! 

Tp sy rindu mak sy lebih. Sedar tak sedar, panas je kelopak mata. Masih teringat masa sy  kecil2 dulu..sy merajuk2 nak sambut besday. Sy katakan pada mak, nak makan nasi ayam..sy nak kek..nak hadiah besar. Semua tue sgt2 bermakna kot utk budak 10 tahun mcm sy. Mana sy faham permintaan sy tue sebenarnye merunsingkan mak..sgt2 tak faham ketidakmampuan fmly sy...Mak tidak bekerja, ayah yang menanggung semuanya mase tue. Tp mak tetap wat sesuatu utk sy . Mak selak2 buku respi utk masak nasi ayam..then dah masak, mak serve dlm pinggang ala2 kat kedai..utk kek sy , mak buat agar2 sirap yang sgt besar bentuk ikan emas. Mak letakkan lilin pada agar2 utk sy tiup. Hadiah? Mak kata, "doa mak kan dah cukup" . Tak faham, tp sy gembira, cukup gembira dgn nasi ayam n kek agar2 sirap sy..bentuk ikan kot.. ( ^ ___ ^ )

Dah 24 tahun nie, ble ingat2 balik..sy rindukan mak sy. Jauhnya dia kat sana. hadiah yang dia selalu berikan pd sy tiap2 tahun...sy dah tak dapat untuk 2 tahun nie. Doa seorang ibu. Itu sy tak dapat sekarang, sedangkan itulah yang paling bernilai dalam kehidupan seorang anak. Ingat2 tentang ini.. sy cube utk kongsi dgn seorang kawan. Tapi ternyata dia tidak tau hati sy macam mana.. sy lupa sekali lagi. Dia mungkin kawan terbaik sy, tapi sy mungkin bukan kawan baik dia pada dia. 

Tenanglah hati. Jangan jadi kacau. Hari ini hari saya. N sy perlu rasa bahagia dengan apa yang saya miliki sekarang. Life become more better...n sy bersyukur sgt2 dgn apa yang Tuhan kurniakan pada sy sekarang. Semoga rasa bahagia ini berkekalan.. Aminn.. ( ^ __ ^ )

Selamat Hari Lahir  yang ke-24 ..Nieza Razali !
( ^ ___________ ^ )


Saturday, July 21, 2012

Salam Ramadhan =)

 Salam.




Selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua muslim muslimah di atas muka bumi ALLAH S.W.T.
Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dari yang sebelumnya. 
Moga kali ini juga diri ini diberi peluang untuk lebih mendekatkan diri kepada yang SATU...
serta memanfaatkan masa yang ada untuk memuji SANG PENCIPTA
Terima Kasih TUHAN atas segala nikmat dan kurniaan yang ENGKAU berikan pada hambamu ini...


Salam Ramadhan dari Nieza Razali 
( ^ ____ ^ )
 

Monday, July 16, 2012

( ^ ___ ^ )


Salam..



Lama tak menjenguk blog nie. So much things happen but i can’t find words to share it… So, tak lama lagi, sy akan menjangkau umur 24 tahun. Muda lagi kan? Tapi mase2 sekarang nielaa ramai kenalan yang dah berumahtangga. Alhamdulilah..banyak masjid dah terbina.. Bile dah umur2 macam nie, soalan “ Bile lagi? Dah ada calon ke? Bila nak kwen?”  selalu je sy dengar. Tapi jawapan sy akan still masih sama.. “Relaks2 dulu..baru keje niee..” Haha..jawapan selamat.  Actually, ada rasa takut bile nak fikir tentang kawen. Selalu fikir macam ini à What if  I make a mistake? What if the one I choose is not the right one? That the true answers to that questions actually… nie semua sebab dah banyak kali kot kecundang dalam bab2 soal hati nie. Bile dah ok, mesti rase sangat berhati-hati menjaga hati yang sekeping tue supaya tak dicrushkan lagi sebelum berjumpa dgn si dia yang “for” and “ever”  utk sy.. à banyak berangan nie.. Hikhik..

So I really hope the one who made for me, can convince me that he is the right person. And he is the right one who will be with me for the rest of my life.. I’m not waiting for a perfect one..but the one who can complete the imperfect me…that for sure. ( ^ ___ ^ )



My Cube Pics