Thursday, March 21, 2013

Sabar



Salam.

Harinie sy dah mula bercuti. Advanced 2 hari..mintak CRK. Saje je mintak. Sebb fikiran asyik melayang-layang. Pertama kali dalam hidup.hilang arah nak kemana. Fikiran tak menentu. Jiwa xtenteram.

Hari nie saja..sepanjang perjalanan..banyak masalah yang berlaku. Terlewat ke airport, tertukar beg…n paling teruk sekali..phone pon entah kemana. Sabar2. Dugaan. Tapi kena berusaha move on jugak.. sgt2 perlu. InsyaAllah. Semoga segalanya dipermudahkan. Amin..amin..

Thursday, March 7, 2013

Sembang- Sembang =)



Salam.

So far life agak miserable sikit. Banyak keje sebenarnya, tapi bukan itu isunya. Dalam situasi sekarang, rasa seolah-olah tinggal jasad  je. Tak ada jiwa. Huhu. Wat keje pon ala-ala kadar. Tak semangat lagi macam tahun lepas.

After habis kelas, sembang ngan sorg budak sementara tggu mak dia amik..

“Cikgu, nape macam sedih je? Senyum pon tak macam dulu”
“Yeke? Tak ada pape la..”
“Haaa..tipu..”
“Apa yang cikgu tipu?”
“Ala..tipulah. Dulu cikgu selalu je ketawa-ketawa. Sekarang asyik garang-garang je”
“Ekkk! Yeke? ”
“Saya tau la..”
“Bukan cikgu memang garang ke dari dulu?”
“Garang! Tapi dulu lepas garang-garang, cikgu gelak-gelak ..”
“Haha..pandai jela awak nie. Cakap macam orang besar.”
“Mestilah! Jangan sedih cikgu. Kalau kita selalu sedih, nanti kita sakit..”
“Haha…tue macam ayat cikgu jee?”
“Hihi..yela. Ayat cikgulah. Sy tiru je.”
“Tu mak awak, pi balik cepat…”
“ Nak baliklah nie. Bukan cikgu cakap dulu,  kalau  rasa sedih..cepat-cepat jumpa Tuhan. Nanti tak sedih lagi.Bye Cikgu ”

Terdiam. Dalam hati… “ Pernah ke? Tak ingat. ”

Terhibur gak sembang ngan budak kecik, ada point yg dapat dihighlight kat situ. InsyaAllah. Semoga hari ini esok lebih baik dari hari ini.

My Cube Pics