Salam...
Today is 25 July 2012....my besday!
Hepi besday Nieza... ( ^ ___ ^ )
Alhamdulilah, sy dah 24 tahun harinie. Thats means sy dah 24 tahun bernafas di muka bumi Allah nie. First tyme, langsung tak celebrate sebab jauh di perantauan. Takpe, wishes dari family n kawan2 dah cukup.. tp sy betul2 homesick semlm! Uwaaa.... ( T ___ T )
Membayangkan..alangkah indahnya kalau berada di rumah...mesti akan hang out dgn family, masak banyak2...beli kek coklat yang besar...n sembang dgn family ttg anak buah baru. Huhu.. seriously, rase rindu itu ada dalam dada ---> klu my sis n bro tau nie, mesti gelak2.. Huhu.. sy rindu !
Tp sy rindu mak sy lebih. Sedar tak sedar, panas je kelopak mata. Masih teringat masa sy kecil2 dulu..sy merajuk2 nak sambut besday. Sy katakan pada mak, nak makan nasi ayam..sy nak kek..nak hadiah besar. Semua tue sgt2 bermakna kot utk budak 10 tahun mcm sy. Mana sy faham permintaan sy tue sebenarnye merunsingkan mak..sgt2 tak faham ketidakmampuan fmly sy...Mak tidak bekerja, ayah yang menanggung semuanya mase tue. Tp mak tetap wat sesuatu utk sy . Mak selak2 buku respi utk masak nasi ayam..then dah masak, mak serve dlm pinggang ala2 kat kedai..utk kek sy , mak buat agar2 sirap yang sgt besar bentuk ikan emas. Mak letakkan lilin pada agar2 utk sy tiup. Hadiah? Mak kata, "doa mak kan dah cukup" . Tak faham, tp sy gembira, cukup gembira dgn nasi ayam n kek agar2 sirap sy..bentuk ikan kot.. ( ^ ___ ^ )
Dah 24 tahun nie, ble ingat2 balik..sy rindukan mak sy. Jauhnya dia kat sana. hadiah yang dia selalu berikan pd sy tiap2 tahun...sy dah tak dapat untuk 2 tahun nie. Doa seorang ibu. Itu sy tak dapat sekarang, sedangkan itulah yang paling bernilai dalam kehidupan seorang anak. Ingat2 tentang ini.. sy cube utk kongsi dgn seorang kawan. Tapi ternyata dia tidak tau hati sy macam mana.. sy lupa sekali lagi. Dia mungkin kawan terbaik sy, tapi sy mungkin bukan kawan baik dia pada dia.
Tenanglah hati. Jangan jadi kacau. Hari ini hari saya. N sy perlu rasa bahagia dengan apa yang saya miliki sekarang. Life become more better...n sy bersyukur sgt2 dgn apa yang Tuhan kurniakan pada sy sekarang. Semoga rasa bahagia ini berkekalan.. Aminn.. ( ^ __ ^ )
Selamat Hari Lahir yang ke-24 ..Nieza Razali !
( ^ ___________ ^ )