Thursday, October 25, 2012

Homesick! =P


Salam..

Life agak kelam kabut sikit sekarang nie. Hujung2 tahun nie, banyak hal sekolah yang perlu diselesaikan sebelum cuti sekolah. Waktu persekolahan berbaki 3 minggu je lagi ..memang sangat sibuk sebenarnya. Minggu depan je dah busy dgn Karnival Prasekolah 2012, then ade ujian Saringan LINUS utk budak2 6 tahun, next Majlis Khatam Al-Quran, Majlis Kesyukuran & Majlis Hari Anugerah.  Takpe, slow-slow kayuh orang kata. I try. =)

Tue bukan content sebenar untuk ditulis sebenarnya. This one is the main thing. I miss my family. Esok Hari Raya Haji & inilah pertama kali I won’t be with my family. Rasa sedey sebenarnya. Lebih2 lagi mengenangkan adik2 akan beraya berempat je tanpa kakak2 & abang2 dorg. Tak da orang akan bising2 malam raya suruh prepare baju awal, masuk kuih raya dalam balang, or kemas2 rumah. Tak da orang akan sibuk2 ketang ketung pagi2 kejutkan dorg awal pagi utk siapkan pape yang patut. Tak ada orang akan masak2 pagi raya utk makan sama2. Biarpon tak sesedap arwah mak masak dulu, sekurang-kurangnya bila makan bersama…kenangan terindah itu masih ada.  Rindu saat itu.

Huhu..bukan kakak yang baik sgt sebenarnya. Selalu je dok marah2 & merajuk2 ngan dorg.. tp sgt2 berusaha utk jalankan tanggungjawab & amanah arwah pada sy utk jaga adik2 sampai dorang boleh berdikari. InsyaAllah. Bercakap tentang itu, sangat berharap bakal imam sy jenis yang tak kisah ttg hal nie. Dia boleh terima bukan saja sy, tp seluruh keluarga sy yang serba kekurangan..biarlah sesempurna mana pon dia & keluarga dia. Kalau ini benar2 terjadi, InsyaAllah, dia memang jodoh sy. You will be my FOR & EVER . Sy akan sayangkan awak lebih dari awak sayangkan sy. Hormat family awak sepertimana awak hormat family sy.  I promise --> ending yang sgt jiwang… Hahaha.. but I meant it. ( ^ _____ ^ )



Lastly.... SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA ..=)

Tuesday, October 16, 2012

UrseLf =)


Salam..
Hye. cerita biasa, tiada yang istimewa. tengok orang sekeliling heepi, cukup rasa gembira.. Doa sy termakbul. Alhamdulilah. Tapi kadang2 rasa kerdil bila rasa hidup dengan bayang-bayang orang. Mulut kata tak apa, tapi hati kadang2 tanya kenapa. Beri peluang pada diri sendiri ..Tak salah rasanya. Jadi tak apa. Perlahan-lahan kayuh. Takkan mudah melupakan. Sendiri pernah rasa bukan? Jadi sepatutnya lebih tahu dan faham. Beri masa dan peluang. Perlu berusaha! Hehe..



Thursday, October 4, 2012

Juz Me =)

Salam.

Lama juga tak berblog. Tak lupa, cuma line internet tidak begitu mesra. Xpe, bersyukurlah. Sekurang2nya ada..masih boleh berhubung dengan yang lain. Story? tidak begitu banyak yang boleh dikongsi.Mungkin lebih banyak disimpan di dalam hati. Biar menjadi rahsia. Cewah2.. merepek2 je..=P 

Dah lewat malam sebenarnya, tp mata still xley lelap. Pusing sana pusing sini masih belum mahu lena. Mungkin sebb minda belum mahu berhenti berfikir. Berfikir tentang keadaan orang yang begitu sempurna di mata sy. Lelaki? Nope. Perempuan. Yup! Sy tidak kenal dia, tapi sy suka sebenarnya apa yang sy nampak pada dia dari segi luaran. Seperti dialah yang sy selalu doakan untuk menjadi peneman hidup seorang kawan sy. Cantik, bijak, beragama..ciri2 wanita muslimah memang ada pada dia. Sy tak jumpa sebarang kekurangan..sebab bagi sy dia begitu SEMPURNA. 

Tapi bila sy tahu ada orang seperti ini, sy susah hati. Seriously ! Sebab pe? Sebab diri mulalah nak menyibuk2 nak menjadi seperti dia. Bermimpi yang bukan2. Berangan yang tak sudah2. Sedangkan diri sendiri tahu perbezaan itu. Bagai langit dan bumi..Sudahlah nieza. Masing2 punya cara sendiri. Masing2 ada  kelebihan dan kekurangan diri. Kata2 yang selalu diutarakan pada diri sendiri. memujuk hati sendiri.

Tidak mengapa sebenarnye. Itu lumrah. Melihat orang yang lebih hebat buat kita rasa kagum sehingga bermimpi spy menjadi seperti mereka. Hati rasa sedikit tergugah. Tapi cuma kadang2. Di akhirnya, sy lebih senang menjadi diri sy sendiri. Biarlah tidak sesempurna mana, cukuplah sekadar insan yang biasa2....sebb sy dah BIASA menjadi diri sy sendiri. End. 





Juz me. =)