Salam.
Lama juga tak berblog. Tak lupa, cuma line internet tidak begitu mesra. Xpe, bersyukurlah. Sekurang2nya ada..masih boleh berhubung dengan yang lain. Story? tidak begitu banyak yang boleh dikongsi.Mungkin lebih banyak disimpan di dalam hati. Biar menjadi rahsia. Cewah2.. merepek2 je..=P
Dah lewat malam sebenarnya, tp mata still xley lelap. Pusing sana pusing sini masih belum mahu lena. Mungkin sebb minda belum mahu berhenti berfikir. Berfikir tentang keadaan orang yang begitu sempurna di mata sy. Lelaki? Nope. Perempuan. Yup! Sy tidak kenal dia, tapi sy suka sebenarnya apa yang sy nampak pada dia dari segi luaran. Seperti dialah yang sy selalu doakan untuk menjadi peneman hidup seorang kawan sy. Cantik, bijak, beragama..ciri2 wanita muslimah memang ada pada dia. Sy tak jumpa sebarang kekurangan..sebab bagi sy dia begitu SEMPURNA.
Tapi bila sy tahu ada orang seperti ini, sy susah hati. Seriously ! Sebab pe? Sebab diri mulalah nak menyibuk2 nak menjadi seperti dia. Bermimpi yang bukan2. Berangan yang tak sudah2. Sedangkan diri sendiri tahu perbezaan itu. Bagai langit dan bumi..Sudahlah nieza. Masing2 punya cara sendiri. Masing2 ada kelebihan dan kekurangan diri. Kata2 yang selalu diutarakan pada diri sendiri. memujuk hati sendiri.
Tidak mengapa sebenarnye. Itu lumrah. Melihat orang yang lebih hebat buat kita rasa kagum sehingga bermimpi spy menjadi seperti mereka. Hati rasa sedikit tergugah. Tapi cuma kadang2. Di akhirnya, sy lebih senang menjadi diri sy sendiri. Biarlah tidak sesempurna mana, cukuplah sekadar insan yang biasa2....sebb sy dah BIASA menjadi diri sy sendiri. End.
Juz me. =)
1 comment:
heh..
x cube x tau lg :P
Post a Comment