Saturday, February 16, 2013

Berdialog dengan DIA ( Part 2 )



Salam.

Ya Tuhan, maafkan diri ini bila ada ketikanya aku mempersoalkan dugaan yang KAU berikan. Lumrah manusia lemah seperti aku..bila tak dapat sesuatu yang dia sayang akan mudah melatah…sedang KAU menjanjikan ada hikmah yang tersembunyi di sebalik ujian. Maafkan aku.Tapi InsyaAllah, aku akan masih berusaha sehingga memang betul-betul tiada peluang untuk aku. Cuma satu.. bantu hati yang sekeping ini untuk kuat dan tabah menghadapi setiap ujian yang KAU berikan. Jangan biarkan akal fikiran ini hilang kewarasan dan pertimbangan. Pimpin aku ke jalan-MU.

Andai aku ditakdirkan kehilangan sesuatu yang aku sayang..tolong ingatkan aku bahawa KAU selalu ada disisiku..

Friday, February 15, 2013

Berdialog dengan DIA ( Part 1 )



Salam.

Tak siapa tahu dan faham situasi sekarang. Tapi KAU tahu kan? Kebahagiaan itu depan mata aku, tapi kenapa tak dapat menyentuhnya. Mungkinkah kerana KAU tahu bahawa aku menyayangi dia lebih dari KAU ? Salah aku.  Maaf. Maaf. Maaf.  Jangan uji aku terlalu kuat kerana aku hanya insan-MU yang cukup lemah. Aku tahu KAU sedang melihat dari sana bertapa terseksanya aku. Tapi aku juga faham KAU selalu berikan yang terbaik untuk semua orang. Kenapa aku perlu mempertikaikan percaturan hidup yang telah KAU tentukan untuk aku. Berdosanya aku.

Kenapa kali ini aku perlu memilih antara ketaatan dan kebahagiaan aku sendiri. Aku berusaha menjadi yang baik. KAU melihat itu bukan? Tingginya nilai harga yang harus aku bayar untuk sebuah ketaatan. Dugaan hidup. Jangan duga aku terlalu kuat kerana aku mudah rapuh. Aku tahu KAU mendengar setiap rintihan aku. Jadi,kenapa perlu risau. KAU selalu ada untuk aku. KAU akan menjaga aku kan? Aku redha.

Aku tahu KAU tahu setiap rahsia. Jadi aku tak perlu cerita. Aku redha.