Friday, February 15, 2013

Berdialog dengan DIA ( Part 1 )



Salam.

Tak siapa tahu dan faham situasi sekarang. Tapi KAU tahu kan? Kebahagiaan itu depan mata aku, tapi kenapa tak dapat menyentuhnya. Mungkinkah kerana KAU tahu bahawa aku menyayangi dia lebih dari KAU ? Salah aku.  Maaf. Maaf. Maaf.  Jangan uji aku terlalu kuat kerana aku hanya insan-MU yang cukup lemah. Aku tahu KAU sedang melihat dari sana bertapa terseksanya aku. Tapi aku juga faham KAU selalu berikan yang terbaik untuk semua orang. Kenapa aku perlu mempertikaikan percaturan hidup yang telah KAU tentukan untuk aku. Berdosanya aku.

Kenapa kali ini aku perlu memilih antara ketaatan dan kebahagiaan aku sendiri. Aku berusaha menjadi yang baik. KAU melihat itu bukan? Tingginya nilai harga yang harus aku bayar untuk sebuah ketaatan. Dugaan hidup. Jangan duga aku terlalu kuat kerana aku mudah rapuh. Aku tahu KAU mendengar setiap rintihan aku. Jadi,kenapa perlu risau. KAU selalu ada untuk aku. KAU akan menjaga aku kan? Aku redha.

Aku tahu KAU tahu setiap rahsia. Jadi aku tak perlu cerita. Aku redha.

No comments: