Salam.
Minggu nie minggu pertama cuti sekolah
Penggal 1. Tapi hari ini sy masih terpacak di sekolah seawal pukul 8 pagi
dengan kesihatan yang tak seberapa. Huhu. Baru reda demam. Bila orang Semenanjung yang stay kat Sarawak tak
balik tyme cuti..mesti ramai orang kampung tanya kenapa. Sebb memang pelik la
sebenarnya. Alasan saya, “Bertugas kat sekolah..” Pendek n ringkas je jawapan. Tak
mau ulas lagi. Huhu.
Rindu btol! Tyme cuti nnt, menziarah pusara arwah nenek, atuk dan mak of cos akan jadi
keutamaan. Rindu sangat. Nak sembang macam-macam. Nak menangis puas-puas.
Tak tau la nape kali nie. Berat sangat kaki
nak melangkah pulang. Ada sedikit
kerisauan.Ada sedikit kebimbangan. Tapi harap-harap semuanya okey
nanti.. Berdoa agar ada sedikit petunjuk dari-Nya dan dipermudahkan segalanya.
-selamat bercuti-
2 comments:
heh..
slmt bercuti..
Selamat bercuti..
Post a Comment