Monday, May 27, 2019

Rindu.

Kadang-kadang bila lelapkan mata...

Berharap bila buka mata ..kembali ke zaman sekolah rendah.Pagi dah kalut gi sekolah.Ada rezeki nenek sediakan nasi goreng sebagai bekal. Sampai sekolah, jumpa kawan2. Ptg balik main basikal kt laman rumah. Mlm buat kerja sekolah. Hepi. Takda masalah nk pikir.

Kadang-kadang juga, bila buka mata berharap akan kembali ke zaman sek men. Duduk asrama, belajar berdikari. Weekend2, mak n ayah dtg melawat. Bawa bekal jajan miaw miaw & picnic sekejap. Sambal udang besar mesti ada. Nyum..nyum..

Kadang-kala, bila buka mata berharap kembali ke zaman maktab. Jmp geng-geng prasekolah yg pelbagai ragam. Seronoknya jiwa remaja. Hang out & buat apa2 mesti bersama.

Kadang-kadang bila buka mata berharap kembali ke masa cuti yg mana arwah mak masih ada. Pagi2 dah bangun seawal 5 pagi, nak buka kedai bagai. Sibuk sampai ke petang. Penat tapi bahagia. Masa tu adik beradik masih bersama. Arwah mak pun masih ada.

Kadang-kadang berharap bila buka mata, waktu weekend mak yang akan kejutkan sambil membebel. "Tak pe anak2, tido2. Bibik kan ada." Ibarat jam loceng, semua bangun serta merta. 😂😂

Kadang-kadang bila buka mata, berharap masih tinggal di Kuarters Kuala Pilah dengan adik2 wlpn setelah pemergian mak. Masak sama2.. Lepak sama2 kat pasar malam makan nasi lemak ayam rempah.. Malam Jumaat, baca Yassin sama2 .. Tahun pertama tanpa mak, masing-masing menangis.

Kadang-Kadang berharap bila buka mata, ada di Sarawak. kali pertama posting & hidup di tempat orang. Agak susah jauh dari keluarga, tp niat dalam hati.. Rezeki. Sgt berazam supaya dpt membela nasib keluarga. Utk yg lebih baik. Sgt beruntung masa tu..orang2 sarawak sgt baik, housemate baik.. & paling penting...dah ada pendapatan sendiri.  Banyak kenangan manis. 😍

Kadang-kadang bila buka mata berharap kembali ke tarikh 22 Mac 2014. Tarikh termeterai ikatan yg sah.  Saat itu lega. Tak perlu lagi berteka teki. Paling utama, sapa sangka jodoh kami ada.Banyak halangan ooo.. 😂😂

Itu cuma "kadang-kadang" & "harapan". Semuanya cuma masa lalu yang "jauh".
Rindu yang takkan berhenti. Harapan sekarang cuma.. Bila buka mata, dapat lihat  orang kesayangan ada bersama & kekal bersama.

No comments: