Thursday, March 21, 2013

Sabar



Salam.

Harinie sy dah mula bercuti. Advanced 2 hari..mintak CRK. Saje je mintak. Sebb fikiran asyik melayang-layang. Pertama kali dalam hidup.hilang arah nak kemana. Fikiran tak menentu. Jiwa xtenteram.

Hari nie saja..sepanjang perjalanan..banyak masalah yang berlaku. Terlewat ke airport, tertukar beg…n paling teruk sekali..phone pon entah kemana. Sabar2. Dugaan. Tapi kena berusaha move on jugak.. sgt2 perlu. InsyaAllah. Semoga segalanya dipermudahkan. Amin..amin..

Thursday, March 7, 2013

Sembang- Sembang =)



Salam.

So far life agak miserable sikit. Banyak keje sebenarnya, tapi bukan itu isunya. Dalam situasi sekarang, rasa seolah-olah tinggal jasad  je. Tak ada jiwa. Huhu. Wat keje pon ala-ala kadar. Tak semangat lagi macam tahun lepas.

After habis kelas, sembang ngan sorg budak sementara tggu mak dia amik..

“Cikgu, nape macam sedih je? Senyum pon tak macam dulu”
“Yeke? Tak ada pape la..”
“Haaa..tipu..”
“Apa yang cikgu tipu?”
“Ala..tipulah. Dulu cikgu selalu je ketawa-ketawa. Sekarang asyik garang-garang je”
“Ekkk! Yeke? ”
“Saya tau la..”
“Bukan cikgu memang garang ke dari dulu?”
“Garang! Tapi dulu lepas garang-garang, cikgu gelak-gelak ..”
“Haha..pandai jela awak nie. Cakap macam orang besar.”
“Mestilah! Jangan sedih cikgu. Kalau kita selalu sedih, nanti kita sakit..”
“Haha…tue macam ayat cikgu jee?”
“Hihi..yela. Ayat cikgulah. Sy tiru je.”
“Tu mak awak, pi balik cepat…”
“ Nak baliklah nie. Bukan cikgu cakap dulu,  kalau  rasa sedih..cepat-cepat jumpa Tuhan. Nanti tak sedih lagi.Bye Cikgu ”

Terdiam. Dalam hati… “ Pernah ke? Tak ingat. ”

Terhibur gak sembang ngan budak kecik, ada point yg dapat dihighlight kat situ. InsyaAllah. Semoga hari ini esok lebih baik dari hari ini.

Saturday, February 16, 2013

Berdialog dengan DIA ( Part 2 )



Salam.

Ya Tuhan, maafkan diri ini bila ada ketikanya aku mempersoalkan dugaan yang KAU berikan. Lumrah manusia lemah seperti aku..bila tak dapat sesuatu yang dia sayang akan mudah melatah…sedang KAU menjanjikan ada hikmah yang tersembunyi di sebalik ujian. Maafkan aku.Tapi InsyaAllah, aku akan masih berusaha sehingga memang betul-betul tiada peluang untuk aku. Cuma satu.. bantu hati yang sekeping ini untuk kuat dan tabah menghadapi setiap ujian yang KAU berikan. Jangan biarkan akal fikiran ini hilang kewarasan dan pertimbangan. Pimpin aku ke jalan-MU.

Andai aku ditakdirkan kehilangan sesuatu yang aku sayang..tolong ingatkan aku bahawa KAU selalu ada disisiku..

Friday, February 15, 2013

Berdialog dengan DIA ( Part 1 )



Salam.

Tak siapa tahu dan faham situasi sekarang. Tapi KAU tahu kan? Kebahagiaan itu depan mata aku, tapi kenapa tak dapat menyentuhnya. Mungkinkah kerana KAU tahu bahawa aku menyayangi dia lebih dari KAU ? Salah aku.  Maaf. Maaf. Maaf.  Jangan uji aku terlalu kuat kerana aku hanya insan-MU yang cukup lemah. Aku tahu KAU sedang melihat dari sana bertapa terseksanya aku. Tapi aku juga faham KAU selalu berikan yang terbaik untuk semua orang. Kenapa aku perlu mempertikaikan percaturan hidup yang telah KAU tentukan untuk aku. Berdosanya aku.

Kenapa kali ini aku perlu memilih antara ketaatan dan kebahagiaan aku sendiri. Aku berusaha menjadi yang baik. KAU melihat itu bukan? Tingginya nilai harga yang harus aku bayar untuk sebuah ketaatan. Dugaan hidup. Jangan duga aku terlalu kuat kerana aku mudah rapuh. Aku tahu KAU mendengar setiap rintihan aku. Jadi,kenapa perlu risau. KAU selalu ada untuk aku. KAU akan menjaga aku kan? Aku redha.

Aku tahu KAU tahu setiap rahsia. Jadi aku tak perlu cerita. Aku redha.

Thursday, December 20, 2012

Motif Band - Tuhan Jagakan Dia =')

Salam. 

Dah pukul 1. 40 pagi, tapi masih tak boleh lelapkan mata. Tak pasti kenapa. Hati rasa sedikit terkesan dengan lagu dendangan Motif Band- Tuhan Jagakan Dia. Lirik yang sangat sweet bagi sy. Berulangkali memainkan lagu tue kat mp3 phone .. sampai empty dah bateri phone. Huhu... Haip! Rasa tak puas dengar lagi nie. Jari jemari kemudian sibuk mencari-cari charger phone. Laaa, masa nie pulak laa xda.. Huhu.. 

Then, buka lampu..capai laptop..buka MP3 kat laptop. Here we go...dengar lagi lagu nie sambil melayan perasaan. Hahaha..sudah2 la nieza...  Alang2 dah buka laptop, mata pun masih segar...Jom post la lirik lagu nie kat blog as new entry... =)



TUHAN JAGAKAN DIA  BY MOTIF BAND



Hanya dirimu yang ku cinta
Takkan membuat aku jatuh cinta lagi
Aku merasa kau yang terbaik untuk diriku

Walau ku tahu kau tak sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadmu

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku ’kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Walau ku tahu kau takkan sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadmu

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku ’kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku ’kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku ’kan tetap milikku
Aku sungguh sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku



 Sy percaya di setiap lagu perlu ada cerita. barulah lagu tue boleh dihayati... dan didengari sentiasa..macam malam nie... SET PLAY REWIND UNTUK LAGU NIE...TARIK SELIMUT DAN zZzzZz... Selamat Malam or maybe pagi kot sebb dah kul 2 Pagi. Hehehe.. 
 

P/s : Tak salah rasanye bila terlalu menyayangi seseorang... =')

Wednesday, November 21, 2012

Sedikit Rapuh =')



Salam..

Petang nie hujan turun lebat. Alhamdulilah, hujan rahmat. Harinie suhu badan meningkat, means.. demam. Takpe. Juga Alhamdulilah. Baring2 atas katil, tapi fikiran menerawang ke mana entah. Hati rasa sesuatu. Tak tahu apa. Tapi ada rasa sakit di situ. Juga tak pasti kenapa. Dah lama tak rasa macam itu. Dah lama. Cukup lama.

Biasa kalau macam nie, sebab sy ada buat salah pada orang..Ermm, mungkin juga. Perasaan bersalah sebab buat orang marah or sedih. Jadi jiwa sy jadi kacau, serabut. Lebih2 lagi jika orang tue adalah orang yang saya sayang.. cukup sedih. Sedar tak sedar, airmata bergenang. Dah lama tak menangis macam nie. Dah lama. Cukup lama. Ah! Kena kuat..ini baru sedikit. Salah sendiri bukan. Sendiri buat sendiri tanggung. Jangan salahkan orang atas kesedihan sendiri.

2 minit…3 minit…5 minit…
Ahhh! Fikiran masih menerawang…Hati masih sedih ..Mata masih bergenang ..

6 minit…
Terpikir sejenak..Mengapa tidak lakukan ini?
Langkahkan kaki …
Tadahkan telapak tangan pada aliran air..
Tuturkan..Bismillah.. 


******************************************************************************

Alhamdulilah…

Ya Tuhan, Pada-Mu ku beroleh ketenangan…



 P/S : Maafkan bila ku tak sempurna mencintai-MU.. =')