Sunday, October 11, 2009

Sesi Muhasabah Diri

Muhasabah Diri Di Pagi Hari

(Lalala..lala..)














Rasulullah bersabda yang bermaksud, “Tidak ada sesuatu yang paling disukai Allah selain daripada dua titisan dan dua kesan.Dua titisan itu adalah air mata yang keluar kerana Allah dan titisan darah yang tumpah dalam perjuangan di jalan Allah dan kesan kerana menunaikan kefarduan yang telah difardukan oleh Allah.”(Riwayat At-Tirmidzi)

Hidup adalah perjuangan yang panjang dan kita harus berusaha bersungguh-sungguh jika mahukan hasil yang terbaik.Namun memang benar,dalam perjuangan tidak semuanya berjalan lancar.Akan ada rintangan yang menghalang,yang kadang kala buat kita tersungkur dan menangis.Namun jika hidup ini kita sandarkan kepada Allah semata-mata,kita pasti tidak akan lelah berjuang.Kita pasti tidak akan rasa penat dan kecewa andainya kita berdepan dengan dugaan dan cabaran.Ini kerana kita sedar,setiap perlakuan kita persembahkan kerana Allah,bukan kerana manusia lain atau mengharapkan habuan dunia.

************************

Berkali-kali coretan ini bermain di minda.Terus terang,ia benar-benar memberi kesan dalam hati saya. Entahlah mengapa…setiap kali saya baca,tanpa sedar…..air mata saya mengalir.Bila saya renungkan kembali,terlalu banyak kesilapan yang saya lakukan dan seringkali jua saya kufur dengan nikmat yang Dia berikan.Apabila saya dilanda dugaan ,saya menangis dan titisan air mata itu bukan kerana gagal berjuang di jalan Allah,tapi kerana kecewa tidak mendapat apa yang saya inginkan. Kdg2,saya merasa putus asa dan mula meragui kasih sayang-Nya sedangkan saya tahu segala yang terjadi ada hikmahnya,sedangkan saya percaya Dia menentukan hanya yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya.Tuhan,berilah kesempatan kepada hamba-Mu ini untuk menebus segala kesilapan yang dilakukan selama ini.Amin.


P/s: Xingin menjadi panda lagiii....:)

No comments: